Kerjasama bekas graduan diperlu majukan Sarawak

Utusan Sarawak - Monday, 15 July 2002 (Front page) 

<<

home

search

SANTUBONG, Ahad - Kerajaan Negeri Sarawak meminta kerjasama dan sokongan daripada bekas graduan dari Universiti o€ Adelaide, Australia agar sama-sama memberikan idea serta tenaga untuk memajukan Sarawak. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato Sri Haji Adenan Haji Satem berkata, ramai di kalangan penduduk di Sarawak yang mendapat pendidikan tinggi di Australia termasuk Universiti of Adelaide dan mereka juga telahpun memegang jawatan penting dalam kerajaan mahupun swasta.

Adenan menyifatkan, Universiti of Adelaide bukan setakat antara universiti terbaik di dunia, malah is juga telah banyak melahirkan ahli bijak pandai termasuk di kalangan orang penting di Sarawak. "Kita tahu ada ramai bekas graduan dari Universiti of Adelaide di Sarawak, kita minta mereka ini sama-sama bantulah Sarawak dengan memberikan tenaga ataupun idea mereka," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Alumni Universiti of Adelaide Sarawak (SAUA) di sebuah hotel terkemuka di sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah, Naib Canselor Universiti of Adelaide, Prof CID Blake Ao dan Pengerusi Persatuan Alumni Universiti of Adelaide, Greg Crafter.

Antara bekas graduan Universiti of Adelaide ialah Ketua Menteri Sarawak selaku Presiden SAUA Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Dato Sri Haji Adenan Satem sendiri. Setakat ini Persatuan Alumni Universiti of Adelaide Sarawak mempunyai 50 orang ahli. Dalam pada itu, Dato Sri Haji Adenan yang juga Timbalan Presiden SAUA berkata, walaupun graduan daripada Sarawak telah menamatkan pengajian mereka di Universiti of Adelaide, namun is tidak semestinya hubunang antara bekas penunut di sana (Adelaide) terputus begitu sahaja.

Menurutnya, dengan adanya SAUA is dijangka akan dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat diantara kedua negara. "Semasa di sana, pastinya banyak memori indah yang mungkin kita tidak dapat lupakan," katanya. Dato Sri Haji Adenan hadir pada majlis tersebut sebagai wakil kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Turut hadri pada majlis itu ialah, Timbalan Pesuruhjaya Australia ke Malaysia, Encik Nicolas Browne.

Photo : Kenang-kenangan...Dato sri Haji Adenan Satem menerima cenderamata daripada Encik Rodger Chan Siong Boh sempena majils pelancaran Persatuan Alumni University of Adelaide Sarawak di Santubong semalam. Turut kelihatan ialah, Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang