Konvensyen alumni antarabangsa universiti Australia di Melbourne
Sunday Tribune - Sunday, 21 July 2002

<<

home

search

KUCHING, Sabtu - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijangka akan merasmikan Konvensyen Alumni Antarabangsa Universiti Australian (AUIAC) yang diadakan di Melbourne, Australia pada 5 hingga 7 September ini. Pengerusi penganjur AUIAC Melbourne, John Button dalam sidang media di sini, hari ini berkata, Ketua Menteri bersama Ketua Gabenor Australia yang kedua-duanya merupakan patron konvensyen itu akan berucap.

Menurutnya, konvensyen itu diharap dapat meneruskan rangkaian kerja dan hubungan silaturahim di antara keduadua negara terutamanya Sarawak. "Kita berharap konvensyen alumni ini akan menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan antara kedua-dua pihak selain membincangkan bidang berkaitan ekonomi," katanya. John Button adalah bekas Menteri Perdagangan, Teknologi dan Industri Australia. 

Sementara itu, Persatuan Graduan Australia Sarawak (SAGA) dan Alumni Universiti Adelaide Sarawak (SAUA) menganjurkan sekumpulan 50 prang menyertai AUIAC 2002 yang akan diketuai oleh Datuk Patinggi Taib. Rombongan itu akan melawat Melbourne ketika menghadiri konvensyen AUIAC 2002 dan menghadiri majlis pertemuan 'Selamat Datang Alumni' yang dihoskan Kerajaan Negeri Australia Selatan. Sementara itu, 

Presiden SAGA, Rodger Chan Sion Boh, berkata Alumni Australia Sarawak yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan SAGA sebelum 30 julai ini. Alumni Australia yang berminat menyertai kumpulan rombongan itu boleh menghubungi SAGA atau SAUA menerusi talian 082-483888.

Penjelasan... John Button mengadakan sidang media di Kuching semalam. Di sebelah kiri beliau ialah Rodger Chan.