SAUA pimpinan Taib akan dilancar Julai ini
Utusan Sarawak - Thursday, 9 May, 2002

 <<

home

search

KUCHING, Rabu - Sebuah persatuan yang dianggotai oleh bekas graduan dari University of Adelaide, Australia akan dilancarkan dengan rasminya pada Julai tahun ini. Sarawak Alumni of the University of Adelaide (SAUA) yang baru saja ditubuh dan dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai presidennya merupakan salah satu dari lima capter antarabangsa SAUA selain dari capter London, Hong Kong, Kuala Lumpur dan Singapura.

Beberapa orang kenamaan dalam bidang politik, perkhidmatan awam dan sektor swasta yang menganggotai SAUA setakat ini termasuklah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato Sri Haji Adenan Haji Satem, Ahli Parlimen Baram, Encik Jacob Dungau Sagan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Dato Sri Joseph Kong Ted Chong, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS, Encik Henry Lau, dan bekas Pengurus Besar Perundangan Sarawak Shell Berhad, Datuk James Ting Sing How.

Taib telah memperolehi ijazah perundangan dari University of Adelaide pada 1960 selain gelaran kedoktoran pada kemudiannya dari universiti yang sama. Adenan, yang dipilih sebagai Timbalan Presiden SAUA, adalah juga graduan perundangan dari universiti itu pada 1969.

Antara beberapa kegiatan yang sudah dirancang sepanjang tahun ini ialah mesyuarat agung tahunan SAUA yang akan diadakan pada satu majlis perhimpunan di rumah Datuk Patinggi Taib di Jalan Bako pada bulan Ogos, Konvensyen Alumni Antarabangsa Universiti-universiti Australia di Melbourne dan' majlis Kembali Ke Adelaide pada, bulan September, majlis makan malam Pentas Sekolah-sekolah: Australia dan program Keluarga Hos Australia pada bulan Disember.

Setiausaha Kehormat SAUA, Encik Rodger Chan menyeru agar lebih ramai bekas graduan dari Adelaide University menyertai persatuan itu. Sekretariat SAUA terletak di pejabat NetInc Technologies Sdn. Bhd di tingkat 1, Lot 2066-67, Seksyen 66, Jalan Utama, Pending.


BARISAN CEMERLANG ... Datuk Patinggi Taib bergambar kenangan dengan anggota jawatankuasa SAUA yang terdid dari Dato Sri Haji Adenan (duduk dua dari kiri), Encik Jacob Dungau Sagan (duduk dua dari kanan). Dua wanita ahli jawatankuasa SAUA ialah cik ChaiSow Fong (duduk kiri sekah) dan cik Wong Ping Ping (duduk kanan sekali).